Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

Memo 1 Untuk Kaum HAWA TLS


Memo Untuk Kaum Hawa Taman Lagenda Suria

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Cik/Puan/Datin/Puan Sri:

Dengan segala hormatnya, dijemput semua kaum Hawa yang berkelapangan untuk menghadiri aktiviti BIRO HELWANI pada hari Sabtu ini (5hb Mei 2012) bermula pada jam3.00 petang di Surau Assyakirin TLS.
Antara agenda yang bakal dijalankan:
3.00 petang : Usrah  untuk Kaum Hawa.
4.30 petang : Solat Asar Berjemaah 
*( mohon untuk membawa keperluan solat)
5.00 petang: Kunjungan Kasih 3 .
Hebahan lain :  Pada setiap pagi Ahad (7.00am) aktiviti sihat akan dijalankan iaitu Senaman Poco-Poco di Padang Permainan Kanak-Kanak TLS, dijemput kaum Hawa untuk menyertai aktiviti ini. Manakala senaman pada pagi Sabtu akan dijalankan  sekiranya terdapat permintaan . 
Terima kasih ………

Khamis, 19 April 2012

Maklumat Terkini Perbincangan.......

19hb April 2012 (Khamis) - Satu perbincangan  kaum Hawa telah pun berlangsung bagi membincangkan tarikh    Kelas masakan, Aktiviti Sihat dan Persediaan hari Keluarga/Karnival/ Sukan  yang akan datang. AJK setiap jalan/lorong telahpun dipelawa untuk menghadiri perbincangan sebelum disebarluaskan kepada jiran tetangga. Kepada yang tidak dapat menghadiri perjumpaan ini berikut maklumat awal yang telah dipersetujui:

1. Kelas Masakan - Hari Sabtu ( 21hb April 2012 jam 3.00 pm di Surau Assyakirin, tidak lagi hari Jumaat seperti yang dijalankan sebelum ini. Tujuan pindaan waktu@masa : memberi ruang kepada kaun Hawa yang bekerja untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti ini. Semua dijemput hadir........)

2. Aktiviti Sihat (Senaman)- Minggu ini hari Ahad ( 22hb April 2012) pukul 6.50 am di Padang Permainan Kanak-Kanak TLS.

3. Persediaan Projek Hari Keluarga :
Jualan Makanan :
Jalan 5 : Kek dan (1 juadah yang belum ditentukan .......masih dalam perbincangan)
Jalan 4 : Air Minuman (Panas & Sejuk), Buah & Laksa, Nasi Lemak
Jalan 3 : Bebola & Nugget
Jalan 2 : Burger , Hotdog
Jalan 1 : Kuih & Mi/Kuey Teow Goreng
* Segala perancangan tertakluk kepada pindaan........sebarang perubahan boleh dilakukan demi kebaikan.

Jumbo Sale - Barangan Terpakai, Tupperware, Alatan Kosmetik ...................(sebahagian yang lain dalam perbincangan)

-Apa yang dibincangkan hari ini merupakan perbincangan peringkat awal bersama AJK2......mohon diberitahu dan dipanjangkan kepada jiran tetangga-



Ahad, 15 April 2012

Maklumat Hasil Mesyuarat PPTLS

Salam rakan-rakan Kaum Hawa TLS....

Satu mesyuarat AJK PPTLS telah pun berlangsung pada 15hb April 2012 jam 9.00 pagi tadi. Berikut beberapa maklumat yang boleh dikongsi untuk pengetahuan bersama.

1. Berhubung cadangan dan aktiviti yang telah kita bincangkan pada perjumpaan lalu telah pun dibentang dan dibawa ke pengetahuan AJK PPTLS.
2. Secara umumnya tiada halangan terhadap aktiviti-aktiviti yang dikemukakan dan mendapat respon yang menggalakkan.
3. Namun bagi cadangan mengutip dana tabung Biro Wanita sebanyak RM 5.00 secara bulanan perkara ini secara sebulat suara diminta ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
4. Memohon agar kaum Hawa menjadi ahli persatuan TLS, tidak hanya tertumpu pada kaum Adam sahaja.
5. Bagi merealisasikan cadangan Hari Keluarga/Karnival atau sukan, mohon setiap  lorong memikirkan penghasilan produk yang boleh diketengahkan bagi menyahut saranan '1 lorong 1 Produk'. Perkara ini akan dibincangkan lanjut antara kita bersama. Mohon kerjasama.
6. Saranan daripada Hj Rahim, mohon Biro Wanita di tambah peranan dengan menjadikannya Biro Wanita & Remaja memandangkan kaum Hawa lebih dekat dengan remaja berbanding kaum Adam.

 Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi...........
 Penyerahan Tugas kepada SU...Mr. Burn...............
 En. Zamri, En Halim.....Vice Chairman Tn Haj Rahim
 Mr Burn sibuk mengagih minit nie..........
 Tn Haji Joe & Tn Hj Rahim........nampak ada keserasian.......
Kaum Hawa sokong apa yang baik............
 AJK yang hadir.......Mr Burn, Hj Nordin, En Tarmizi, En Azman & En. Isa....
 Khusyuk mendengar penjelasan............
 Kak Ani n Kak Ida........
 En Jamal & En Halim.........
 Tumpang sekali ...........
Our Auditor En Tarmizi....... 
Hehehehhehe......hidangan yang ada.......errrrmmmmmm......
(karipap n buah melaka@onde2........tak ada dalam pic...)

Sabtu, 14 April 2012

Jemputan Majlis Aqiqah (Cucu Pn Mas )

Salam kepada semua warga TLS,

Bagi pihak Kak Mas (Jalan 3/2) menjemput semua warga TLS yang berkelapangan untuk menghadiri majlis Aqiqah cucu beliau pada butiran berikut:
                     Tarikh : 21hb April 2012
                      Hari    : Sabtu- bermula jam 11.00 pagi
                     Tentatif:  - Bacaan Yassin dan majlis Aqiqah
Mohon kepada warga taman yang tidak mempunyai sebarang agenda , beramai-ramai hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih

p/s: Menurut Kak Mas 3 ekor kambing bakal dijamu kepada para tetamu..........



Jumaat, 17 Februari 2012

Cucur Badak & Kehilangan...


17 Feb 2012 ( Jumaat)- Hari ini aktiviti agak berlainan......perancangan untuk membuat cucur badak tetap diteruskan. Resepi membuatnya tetap diajar.........namun disamping belajar membuat kuih ini .....satu kehilangan buat jiran kami...Kembalinya ke rahmatullah bonda kepada Pengerusi taman kami iaitu Tuan Haji Nordin....dan ibu mertua kepada Kak Ija......AL-FATIHAH....
Mengambil konsep kejiranan....sedikit bantuan dihulur....sesambil membuat kuih..langsung masak terus untuk bacaan Tahlil buat yang telah pergi.....
Yang Pergi Tetap Pergi....namun,
Kita yang masih bernyawa harus berpijak dibumi nyata.........

Inilah inti cucur badak yang telah dibuat.....resepi akan diupload kendian........sedap sungguh inti ni......
Inilah cucur badak yang telah 'dibelai' oleh Kak Ainon , Ita & Makcik.......sama saiz tak????
Ini dia cucur badak yang siap digoreng.......errrmmmmm.....sape nak?....Zila dulu....sian dia......maklum dah berbadan dua......bagi laluan untuk Zila k.........
Ita n kak Ainon.........................sibuk 'membulatkan' cucur.......
Kak Ija n Kak Mas ......
Khusyuk mendengar!!!!