Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Masak-Masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Masak-Masak. Papar semua catatan

Sabtu, 28 April 2012

Cheese Cake & Roti Sampan NoraAli

28hb April 2012 (Sabtu)- Seperti yang dirancang pada minggu lepas, kini giliran Rogayah dan Nora mengajar cara-cara membuat kek keju  dan Roti Sampan. Kedua-duanya memang makanan yang sedap.....kali ini juga ramai kawan2 baru yang sama2 berkumpul. Antaranya Aisyah dan Intan (jalan 3/5), Suhaili dan Fauziah (jalan 3/3), Pn Nakhiyah (jalan 3/4) serta Su yang bawa Afiq sekali (jalan 3/1).Selamat Datang semua....

Bahan Kek Keju (Adunan 1 kek))

1. 1/3 butter
2. Telur gred A 5 biji( asingkan putih dan kuning)
3. 2 cawan biskut Digestive( diragui kehalalannya), tukar kepada Biskut Marrie, Oreo buangkan krim atau Nestum: hancurkan.
4. Gula Castor 1 cawan
5.500 g  krim keju Philadelphia (keju lain kurang sedap)
6. Lemon Paste (1/2 sudu)
7. 4 sudu sour cream (sunglo)
8. Esen 1 sudu teh
9. Tepung jagung 1/3 cawan (guna ukuran/alat sukatan yang betul) bukan cawan minum......
10. Aluminium foil untuk balut keliling loyang sebelum kek dibakar.

Cara2

1. Butter dicairkan dahulu di dalam oven.
2. Masukan butter cair dalam loyang khas yang  boleh dibuka bahagian tepi, bukang loyang biasa kuih talam tur.....sebab kek ni bukan kek yang boleh diterbalikkan macam sponge cake.
3. Masukkan biskut hancur  dan butter cair tadi gaul rata, tekan dan ratakan supaya padat (gunakan alat seperti penyimen dinding,alat ini khas untuk kuih, boleh dibeli di bakery yer). Simpan bahan ini didalam peti sejuk sebelum dibakar bersama adunan nanti.
4. Dalam mixer , gula castor dan krim keju diputar hingga kembang.
5. Setelah kembang masukkan telur kuning satu persatu, mix lagi............
6. Setelah kembang dan sebati masukkan sour cream, lemon paste dan esen .
7. Akhir sekali masukkan tepung jagung, mix again.....
Perlahan putaran sebelum selesai untuk membuang angin batter tadi. Batter tuang ke dalam mangkuk lain.

8. Putar putih telur hingga betul kembang, gebu,putih dan tidak menitik apabila diangkat...
9. Campurkan batter tadi kedalam putih telur yang kembang dan gaul rata guna sudip atau whisk.
10. Setelah siap tuang ke dalam loyang yang terdapat campuran biskut dan butter cair tadi. Sebelum itu balutkan keliling loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan batter terkeluar .
11. Bakar dengan cara ala 'double boiled' dimana loyang yang berisi air diletakkan dalam oven(rujuk gambar)
12. Bakar pada kadar suhu 160 celcius selama 40 minit. Tips nak tau masak atau tidak kek tidak bergoyang jika di usik sedikit)....jangan terus keluarkan...biarkan sejuk selama 1 jam di dalam oven. Kemudian simpan semalaman dalam peti ais.
Toppingkan dengan bluberry atau kream biasa....Rogayah said : lebih sedap letak bluebery sebab rasa keju lebih semulajadi.....errrrmmmmmm yummy2....
Ini Chef Rogayah kita.......Imported from Kelantan......Expertise in Baking and Forensic......
Tengok tu...Aisyah n Intan..tekun menyalin....
* Kalu gase kek2 tak berapa nak gebu, minta tolong Gayah investigate....hehheheheheh*
Kekawan yang datang hari tu...........Jun ,Aisyah ,Intan, Su, Ita dan Intan (tak jelas...)
Inilah sudu sukatan masakan...jangan guna cawan teh/kopi...nanti bantat kek......
Product sour cream yang digunakan.... rujukan kepada sesiapa yang kurang arif...
Lihat loyang yang digunakan...bukan loyang biasa...loyang boleh buka bahagian tepi....
 Proses bakar kek yang menggunakan wap air ....lihat loyang berisi air dalam oven.....
Siap untuk diagihkan kepada semua......
Kak Ainon n Jun....tolong agihkan kek. Fauziah dan Suhaili jiran-jiran dari Jalan 3/3....Selamat Datang...


Resepi Roti Sampan (NorAli)
Penerangan :
Resepi ini merupakan hasil kreativiti Pn Nora sendiri. Nama NorAli merujuk kepada Pn Nora n husband (cadangan Ita Zaid)
Base (pastri)
1. Roti keping (ikut keperluan)

Topping:
1. Kentang dipotong dadu (ala2 inti karipap)@blend pun boleh...kalau malas nak mendadu....
2. Isi ayam
3. Bawang putih,merah & besar (untuk menumis)
4. Cheese untuk menyedapkan lagi rasa....
5. Lada sulah
Cara2
1. Roti keping buang bahagian tepi yang coklat2 tu...potong kepada 4 bahagian..
2. Untuk inti: tumiskan bawang2 hingga wangi, masukkan dadu kentang masak hingga 3/4 empuk.
3. Masukkan lada sulah kemudian ayam, masak hingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam dan lain2 kalu sukalah (Ajinomoto ke).
*Untuk inti Pn Nora cakap: tambah apa2 pun boleh....button mushroom ke, capsicum, sausage ke, daging kisar ke...nak letak krim cendawan pun boleh...ikut suka...
4.Roti yang telah dipotong masuk dan tekan ke dalam acuan tart...pastikan ia seperti bentuk mangkuk.
5.Letakkan inti atas roti, tabur dengan cheese dan bakar hingga nampak garing n kekuningan.
Angkat dan hidangkan ketika panas2.....errrrmmmmm...sedap.
Tips: Nak bagi kreatif bolehlah letakkan salad/tomato sebelum letak inti....itu kata Pn Nora.....


Intan Salwa hehehehhe...tekun belajar cara nak buat inti.....

 Pn Nora sibuk meletakkan inri atas roti sebelum dibakar...............kat belakang tu Pn Nakhiyah Hj Omar..
 Ini dia hasilnya roti sampan sebelum dibakar.....

 Oven Kak Ida.....proses bakar...
Roti-roti yang belum dibakar........

p/s...gambar2 yang lain akan diupload kemudian yer.....talian internet heavy....

Sabtu, 21 April 2012

Doughnut @Donat & Popia Goreng

21hb April 2012 (Sabtu)- Hari ini seperti yang telah dirancang, kelas masakan telah pun berlangsung......'Musim baru,Lokasi baru dan Ahli baru'....Selamat Datang Kak Ija @Kadijah Nahar, Kak Ton  (Lorong 2), Ija @ Norijah Jantan (Lorong 1) , Jun (Lorong 4) dan Rogayah Abu Hassan (juga lorong 2). Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar. Master Chef kali ini Kak Ida dan Ela. Dounghnut resepi Ela dan Popia resepi Kak Ida kita.....terima kasih jiran2....

Inilah resepi Donut

1. 1 kg Tepung Gandum
2. 1 1/2 paket Mauripan (Yis kering)
3. 3 sudu Planta/Mentega/Marjerin (Ikut suka dan ikut ada yang di dapur ......)
4. 3 sudu susu kering atau tin biasa. Air secukupnya
6. Minyak untuk menggoreng

Cara2:

1. Campurkan air + yis + susu = kacau rata
2. Bahan kering iaitu tepung dan planta dicampur gaul hingga sebati kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan bahan dalam (1) dan uli sehingga menjadi doh yang elok. Uli hingga gebu....tak perlu terlalu kuat.
4. Bulatkan saiz doh kecil2 dan biarkan sedikit naik hingga nampak gebu ala2 kuih pau......
5. Sebelum digoreng, terapkan doh kecil yang telah naik dengan alat penerap doh. Biarkan seketika....barulah digoreng hingga kuning.

Tips: Jangan biarkan doh terlalu kembang bagi mengelakkan terlalu lembut hingga menjejas tekstur & bentuk doh.

Resepi Popia 

1. Kulit Popia(Beli di kedai CS ke....Mydin ke...takpun  kat Speedmart!!!)

Bahan inti:

1. Sengkuang
2. Lobak
3. Udang segar
4. Taugeh
5. Cili hidup (fresh)
6. Tauhu
7. Bawang Putih dan Bawang Besar
8. Daun Bawang & Daun Sup
9. 5 biji telur (ikut keperluan)
* Bahan 1, 2 dan 6 potong halus2 dan memanjang...ala2 macam sagat tue....

Cara2:

1. Tumis bawang2 hingga wangi kemudian masukkan  udang.....kacau seketika masukkan telur.
2. Masukkan pula sengkuang, lobak dan cili dan taugeh....gaul rata.
3. Masukkan pula daun bawang dan daun sup.
4. Perasakan dengan sedikit garam.
Angkat dan toskan....biarkan sejuk seketika sebelum digulung bersama kulit popia.
Kulit popia perlu 'digam 'dengan menggunakan telur bagi mengelakkan kulit popia terbuka.

SELAMAT MENCUBA......


 Inilah Chef yang ajar Donut...Ela....... Nampak tak Kak Ija kat belakang tu....tengah ambik video tue....
 Hehehheh...Kak Nor bawak Si kecil ....Rahim...... 
 Nilah ahli baru kita...Kak Ton dan Rogayah....Yang tudung hitam tu Fariesya anak Ija.....Yang Tumpang dagu ni ...Nurin anak Rogayah....
 Maaf gambar kelabu sikit.....Ija n Kak Tipah....
 Tu dia 2 dalam 1....uli sambil SMS......Nana (anak Ela)...rajin menolong..ala2 runner...kalu barang takde...dialah yang kena ambik..........
 Wah!! Jun senyum tahan ayu....Kak Nor tumpang jelah......
 Kak Tipah n Kak Ton...sibuk racik sengkuang n lobak....
 Haaa...Inilah kak Ida....chef Popia...sedap......
 Nora........
 Tengok tu...donut dah mula nak menggebu!!!!!!!!!
 Sambil mendonut...kita layan cerita panas....apa topik tu.....
Tengok tu...Kak Ija sibuk rakam video....... 
 Ija n Fariesya.....
 Goreng inti popia......Jun n Kak Ida....
 Tu dia...initi sudah digoreng..........
 Inti perlu ditos.......Rogayah siap dah nak menggulung.....Nana nak tolong tak????
 Tu dia...cara2 nak gulung popia.....
 Wah!!!!!! banyak sudah hasilnya....
 Popia....
 Doughnut......besar & kecil....
 Tukang goreng Kak Tipah n KakNor.............Ija kat belakang...sponsor air batu....terima kasih...
 Ambik berkat.....pegang donut.....
 Tu dia hasilnya......
 Kak Tipah.......  goreng popia dalam iman....senyum jer....
Siap bungkus untuk diagihkan.........

p/s: Ita , Siti , Kak Ainon & Zila....tak dapat attend.....ada yang hal dan ada yang tak sihat......

MINGGU DEPAN RESEPI : KEK KEJU...........AKAN DIKELOLAKAN OLEH ROGAYAH .....TQ ..

Jumaat, 24 Februari 2012

Seri Muka & Puding Roti

24 Feb 2012 (Jumaat)- Hari ini aktiviti dijalankan di rumah Kak Mas...ketua biro wanita......serampang 2 mata....nak tau kenapa?...sebab hari ini ada aktiviti membungkus bunga telur untuk majlis Maulidur Rasul di masjid Sungai Serai.....
Resepi kali ini istimewa....sebab turn Kak Ainon turunkan ilmu alamnya...nak tau apa resepi?...Ni dia, Kuih Seri Muka......(gambar x dapat nak upload sebab tak jumpa wayar penyambung!!! kamera..)
Ni resepinya:

SERI MUKA

Lapisan Atas:
1. 1 cawan gula
2. 2 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 biji telur
* pewarna hijau....
Kesemua bahan diatas perlu di blend hingga sebati....

lapisan bawah : Kukus pulut bersama santan hingga masak....then padatkan (tekan sedikit). Masukkan semula dalam pengukus panaskan sekejap pulut....kemudian tuang bahan yang telah dikisar tadi. Kukus semula lebih kurang 40 minit....sejukkan dahulu sebelum dipotong.


PUDING ROTI

1. Gula perang 1/2 cawan
2. susu cair 1 tin
3. air 1 cawan
4. Telur 3 biji
5. Roti 5-7 keping
6. esen vanila

Cara ;
Pukul dengan whisk bahan 1 hingga 4 hingga benar2 hancur.....masukkan esen vanila. Carikkan roti dalam adunan tadi...rendamkan seketika. Bakar hingga masak....untuk menambahkan kesedapan ...tuang dengan krim nestle....untuk lebih berkrim.

Ini resepi Kak Mas....TQ kak Mas 4 the sharing.........

Khamis, 16 Februari 2012

Rojak Ayam dan Cheese Tart

Salam.....
Terlebih dahulu, ampun maaf dipohon kerana lewat upload bahan di sini. Maklum cuti sekolah dah habis.....aktiviti kerja telah bermula. Maka masa bgitu suntuk.....harap difahami.
Kali ini resepi daripada  Kak Nor (tauke hiasan pengantin) iaitu rojak ayam.....bahan rojak hampir sama dengan rojak Singapore tapi ada ayam...tu yang istimewa. Corak dan cara potongan pun di ajar......seronok...

Untuk resepi, nanti saya catatkan...maklum hari itu Siti Hairul yang catat. Nanti....bila dah dapat resepi, admin akan rekodkan....Apapun inilah bukti hasil air tangan Kak Nor....

Bahan-bahan yang telah digoreng dengan ramuan tepung dipotong kecil untuk memudahkan dimakan ketika dihidangkan............
Khusyuk memotong..Kak Ani Cikgu Sam....maklum ayu kali ini...lengkap berbaju kurung.....
Kak Ani diapit oleh Cikgu Aida n Kak Ida.......

********************************

Cheese Tart

Cheese Tart merupakan resepi yang tidak disenaraikan dalam perancangan (Ad-hock planning) . Namun resepi ini terpaksa diadun kerana hidangan rojak ayam dapat disiapkan terlebih awal. Jadi bagi mengisi ruang waktu yang ada maka disisipkan resepi kuih ini.

Antara adunan@resepi cheese tart:
Untuk Pastri:
1. 200 gram butter
2 400 gram tepung gandum
3.  1 biji telur
4. 100gram gula icing
sedikit esen vanila

Untuk krim keju pula :
250 krim cheese
3 camca besar gula pasir
2 cam besar mentega
1 biji telur
Jem Blueberry

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati.
* Tekan dalam acuan dan cucuk dengan garfu supaya tidak kembang apabila dibakar. Tips: sesetengah orang akan canaikan adunan sebelum dimasukkan dalam cetak dan ditekap sama untuk menstandardkan ukuran ketebalan pastri.
* Bakar api bawah : suhu lebih kurang 170 Celcius.

Krim Keju:
1. Pukul  krim keju bersama mentega, gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
* Masukkan krim dalam pastri yang telah dibakar. Intikan dahulu dengan jem blueberry sebelum krim keju. Lorekkan ....bakar semula untuk menggebukan krim keju seketika...

Heheheh.....senang hati....Siti..minum airapa tu??.....Kacip Fatimah ke?
Wah....berbual sungguh Kak Tipah....

Ini Siti satu lagi.......
Tart Keju


Jumaat, 13 Januari 2012

Wajik...

6hb Jan 2012 (Jumaat) -Kali ini giliran kak Latifah mengajar cara membuat kuih wajik......siap letak durian, errrrrmmmm....sedap. Ni resepi yang ditemurunkan untuk kami semua. Perjumpaan kali ini juga disertai kak Nor nasi Arab yang sekian lama tak berkumpul. Maklum banyak aktiviti luar mengajar team lain mengukir buah....untuk acara perkahwinan....

Bahan-Bahan:

Beras Pulut 1 kg
Gula Pasir    1 kg
Gula Merah  1kg
Santan 1kg
Daun pandan 2 helai
Durian sebiji (jika suka)

Cara:
1. Rendan pulut semalaman.
2. Pulut yang telah direndam perlu ditoskan dan dikukus selama 1/2 jam.
3. Santan dididihkan sehingga keluar minyak ( tak perlu dikacau kerap)
4. Masakkan air gula (pasir & merah) sehingga pekat ( lain periuk).
5. Air gula perlu dimasukkan kedalam santan yangtelah berminyak serta masukkan durian, kacau rata.
6. Selepas sebati, masukkan pulut yang dikukus tadi kedalam adunan gula & durian. Kacau rata hingga pekat & keras.

Masukkan dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk dan boleh dipotong untuk dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA......



Inilah Ryan  ( baby Siti........)

Tu die....Ela n Kak Ainun....goreng!!!!!!

Bersama baju yang baharu sahaja ditempah.....tauke wajik ada di belakang....tak nampak laaa.....

Proses membuat air gula...........
Inilah hasil...kuih wajik Kak Tipah De Boom.......gurau...

Sukanya...........................