Salam.....
Terlebih dahulu, ampun maaf dipohon kerana lewat upload bahan di sini. Maklum cuti sekolah dah habis.....aktiviti kerja telah bermula. Maka masa bgitu suntuk.....harap difahami.
Kali ini resepi daripada Kak Nor (tauke hiasan pengantin) iaitu rojak ayam.....bahan rojak hampir sama dengan rojak Singapore tapi ada ayam...tu yang istimewa. Corak dan cara potongan pun di ajar......seronok...
Untuk resepi, nanti saya catatkan...maklum hari itu Siti Hairul yang catat. Nanti....bila dah dapat resepi, admin akan rekodkan....Apapun inilah bukti hasil air tangan Kak Nor....
Terlebih dahulu, ampun maaf dipohon kerana lewat upload bahan di sini. Maklum cuti sekolah dah habis.....aktiviti kerja telah bermula. Maka masa bgitu suntuk.....harap difahami.
Kali ini resepi daripada Kak Nor (tauke hiasan pengantin) iaitu rojak ayam.....bahan rojak hampir sama dengan rojak Singapore tapi ada ayam...tu yang istimewa. Corak dan cara potongan pun di ajar......seronok...
Bahan-bahan yang telah digoreng dengan ramuan tepung dipotong kecil untuk memudahkan dimakan ketika dihidangkan............
Khusyuk memotong..Kak Ani Cikgu Sam....maklum ayu kali ini...lengkap berbaju kurung.....
Kak Ani diapit oleh Cikgu Aida n Kak Ida.......
********************************
Cheese Tart
Cheese Tart merupakan resepi yang tidak disenaraikan dalam perancangan (Ad-hock planning) . Namun resepi ini terpaksa diadun kerana hidangan rojak ayam dapat disiapkan terlebih awal. Jadi bagi mengisi ruang waktu yang ada maka disisipkan resepi kuih ini.
Antara adunan@resepi cheese tart:
Untuk Pastri:
1. 200 gram butter
2 400 gram tepung gandum
3. 1 biji telur
4. 100gram gula icing
sedikit esen vanila
Untuk krim keju pula :
250 krim cheese
3 camca besar gula pasir
2 cam besar mentega
1 biji telur
Jem Blueberry
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati.
* Tekan dalam acuan dan cucuk dengan garfu supaya tidak kembang apabila dibakar. Tips: sesetengah orang akan canaikan adunan sebelum dimasukkan dalam cetak dan ditekap sama untuk menstandardkan ukuran ketebalan pastri.
Krim Keju:
1. Pukul krim keju bersama mentega, gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
* Masukkan krim dalam pastri yang telah dibakar. Intikan dahulu dengan jem blueberry sebelum krim keju. Lorekkan ....bakar semula untuk menggebukan krim keju seketika...
* Masukkan krim dalam pastri yang telah dibakar. Intikan dahulu dengan jem blueberry sebelum krim keju. Lorekkan ....bakar semula untuk menggebukan krim keju seketika...
Heheheh.....senang hati....Siti..minum airapa tu??.....Kacip Fatimah ke?
Wah....berbual sungguh Kak Tipah....
Ini Siti satu lagi.......
Tart Keju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan