Sabtu, 21 April 2012

Doughnut @Donat & Popia Goreng

21hb April 2012 (Sabtu)- Hari ini seperti yang telah dirancang, kelas masakan telah pun berlangsung......'Musim baru,Lokasi baru dan Ahli baru'....Selamat Datang Kak Ija @Kadijah Nahar, Kak Ton  (Lorong 2), Ija @ Norijah Jantan (Lorong 1) , Jun (Lorong 4) dan Rogayah Abu Hassan (juga lorong 2). Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar. Master Chef kali ini Kak Ida dan Ela. Dounghnut resepi Ela dan Popia resepi Kak Ida kita.....terima kasih jiran2....

Inilah resepi Donut

1. 1 kg Tepung Gandum
2. 1 1/2 paket Mauripan (Yis kering)
3. 3 sudu Planta/Mentega/Marjerin (Ikut suka dan ikut ada yang di dapur ......)
4. 3 sudu susu kering atau tin biasa. Air secukupnya
6. Minyak untuk menggoreng

Cara2:

1. Campurkan air + yis + susu = kacau rata
2. Bahan kering iaitu tepung dan planta dicampur gaul hingga sebati kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan bahan dalam (1) dan uli sehingga menjadi doh yang elok. Uli hingga gebu....tak perlu terlalu kuat.
4. Bulatkan saiz doh kecil2 dan biarkan sedikit naik hingga nampak gebu ala2 kuih pau......
5. Sebelum digoreng, terapkan doh kecil yang telah naik dengan alat penerap doh. Biarkan seketika....barulah digoreng hingga kuning.

Tips: Jangan biarkan doh terlalu kembang bagi mengelakkan terlalu lembut hingga menjejas tekstur & bentuk doh.

Resepi Popia 

1. Kulit Popia(Beli di kedai CS ke....Mydin ke...takpun  kat Speedmart!!!)

Bahan inti:

1. Sengkuang
2. Lobak
3. Udang segar
4. Taugeh
5. Cili hidup (fresh)
6. Tauhu
7. Bawang Putih dan Bawang Besar
8. Daun Bawang & Daun Sup
9. 5 biji telur (ikut keperluan)
* Bahan 1, 2 dan 6 potong halus2 dan memanjang...ala2 macam sagat tue....

Cara2:

1. Tumis bawang2 hingga wangi kemudian masukkan  udang.....kacau seketika masukkan telur.
2. Masukkan pula sengkuang, lobak dan cili dan taugeh....gaul rata.
3. Masukkan pula daun bawang dan daun sup.
4. Perasakan dengan sedikit garam.
Angkat dan toskan....biarkan sejuk seketika sebelum digulung bersama kulit popia.
Kulit popia perlu 'digam 'dengan menggunakan telur bagi mengelakkan kulit popia terbuka.

SELAMAT MENCUBA......


 Inilah Chef yang ajar Donut...Ela....... Nampak tak Kak Ija kat belakang tu....tengah ambik video tue....
 Hehehheh...Kak Nor bawak Si kecil ....Rahim...... 
 Nilah ahli baru kita...Kak Ton dan Rogayah....Yang tudung hitam tu Fariesya anak Ija.....Yang Tumpang dagu ni ...Nurin anak Rogayah....
 Maaf gambar kelabu sikit.....Ija n Kak Tipah....
 Tu dia 2 dalam 1....uli sambil SMS......Nana (anak Ela)...rajin menolong..ala2 runner...kalu barang takde...dialah yang kena ambik..........
 Wah!! Jun senyum tahan ayu....Kak Nor tumpang jelah......
 Kak Tipah n Kak Ton...sibuk racik sengkuang n lobak....
 Haaa...Inilah kak Ida....chef Popia...sedap......
 Nora........
 Tengok tu...donut dah mula nak menggebu!!!!!!!!!
 Sambil mendonut...kita layan cerita panas....apa topik tu.....
Tengok tu...Kak Ija sibuk rakam video....... 
 Ija n Fariesya.....
 Goreng inti popia......Jun n Kak Ida....
 Tu dia...initi sudah digoreng..........
 Inti perlu ditos.......Rogayah siap dah nak menggulung.....Nana nak tolong tak????
 Tu dia...cara2 nak gulung popia.....
 Wah!!!!!! banyak sudah hasilnya....
 Popia....
 Doughnut......besar & kecil....
 Tukang goreng Kak Tipah n KakNor.............Ija kat belakang...sponsor air batu....terima kasih...
 Ambik berkat.....pegang donut.....
 Tu dia hasilnya......
 Kak Tipah.......  goreng popia dalam iman....senyum jer....
Siap bungkus untuk diagihkan.........

p/s: Ita , Siti , Kak Ainon & Zila....tak dapat attend.....ada yang hal dan ada yang tak sihat......

MINGGU DEPAN RESEPI : KEK KEJU...........AKAN DIKELOLAKAN OLEH ROGAYAH .....TQ ..

Khamis, 19 April 2012

Maklumat Terkini Perbincangan.......

19hb April 2012 (Khamis) - Satu perbincangan  kaum Hawa telah pun berlangsung bagi membincangkan tarikh    Kelas masakan, Aktiviti Sihat dan Persediaan hari Keluarga/Karnival/ Sukan  yang akan datang. AJK setiap jalan/lorong telahpun dipelawa untuk menghadiri perbincangan sebelum disebarluaskan kepada jiran tetangga. Kepada yang tidak dapat menghadiri perjumpaan ini berikut maklumat awal yang telah dipersetujui:

1. Kelas Masakan - Hari Sabtu ( 21hb April 2012 jam 3.00 pm di Surau Assyakirin, tidak lagi hari Jumaat seperti yang dijalankan sebelum ini. Tujuan pindaan waktu@masa : memberi ruang kepada kaun Hawa yang bekerja untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti ini. Semua dijemput hadir........)

2. Aktiviti Sihat (Senaman)- Minggu ini hari Ahad ( 22hb April 2012) pukul 6.50 am di Padang Permainan Kanak-Kanak TLS.

3. Persediaan Projek Hari Keluarga :
Jualan Makanan :
Jalan 5 : Kek dan (1 juadah yang belum ditentukan .......masih dalam perbincangan)
Jalan 4 : Air Minuman (Panas & Sejuk), Buah & Laksa, Nasi Lemak
Jalan 3 : Bebola & Nugget
Jalan 2 : Burger , Hotdog
Jalan 1 : Kuih & Mi/Kuey Teow Goreng
* Segala perancangan tertakluk kepada pindaan........sebarang perubahan boleh dilakukan demi kebaikan.

Jumbo Sale - Barangan Terpakai, Tupperware, Alatan Kosmetik ...................(sebahagian yang lain dalam perbincangan)

-Apa yang dibincangkan hari ini merupakan perbincangan peringkat awal bersama AJK2......mohon diberitahu dan dipanjangkan kepada jiran tetangga-



Ahad, 15 April 2012

Maklumat Hasil Mesyuarat PPTLS

Salam rakan-rakan Kaum Hawa TLS....

Satu mesyuarat AJK PPTLS telah pun berlangsung pada 15hb April 2012 jam 9.00 pagi tadi. Berikut beberapa maklumat yang boleh dikongsi untuk pengetahuan bersama.

1. Berhubung cadangan dan aktiviti yang telah kita bincangkan pada perjumpaan lalu telah pun dibentang dan dibawa ke pengetahuan AJK PPTLS.
2. Secara umumnya tiada halangan terhadap aktiviti-aktiviti yang dikemukakan dan mendapat respon yang menggalakkan.
3. Namun bagi cadangan mengutip dana tabung Biro Wanita sebanyak RM 5.00 secara bulanan perkara ini secara sebulat suara diminta ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
4. Memohon agar kaum Hawa menjadi ahli persatuan TLS, tidak hanya tertumpu pada kaum Adam sahaja.
5. Bagi merealisasikan cadangan Hari Keluarga/Karnival atau sukan, mohon setiap  lorong memikirkan penghasilan produk yang boleh diketengahkan bagi menyahut saranan '1 lorong 1 Produk'. Perkara ini akan dibincangkan lanjut antara kita bersama. Mohon kerjasama.
6. Saranan daripada Hj Rahim, mohon Biro Wanita di tambah peranan dengan menjadikannya Biro Wanita & Remaja memandangkan kaum Hawa lebih dekat dengan remaja berbanding kaum Adam.

 Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi...........
 Penyerahan Tugas kepada SU...Mr. Burn...............
 En. Zamri, En Halim.....Vice Chairman Tn Haj Rahim
 Mr Burn sibuk mengagih minit nie..........
 Tn Haji Joe & Tn Hj Rahim........nampak ada keserasian.......
Kaum Hawa sokong apa yang baik............
 AJK yang hadir.......Mr Burn, Hj Nordin, En Tarmizi, En Azman & En. Isa....
 Khusyuk mendengar penjelasan............
 Kak Ani n Kak Ida........
 En Jamal & En Halim.........
 Tumpang sekali ...........
Our Auditor En Tarmizi....... 
Hehehehhehe......hidangan yang ada.......errrrmmmmmm......
(karipap n buah melaka@onde2........tak ada dalam pic...)

Sabtu, 14 April 2012

Jemputan Majlis Aqiqah (Cucu Pn Mas )

Salam kepada semua warga TLS,

Bagi pihak Kak Mas (Jalan 3/2) menjemput semua warga TLS yang berkelapangan untuk menghadiri majlis Aqiqah cucu beliau pada butiran berikut:
                     Tarikh : 21hb April 2012
                      Hari    : Sabtu- bermula jam 11.00 pagi
                     Tentatif:  - Bacaan Yassin dan majlis Aqiqah
Mohon kepada warga taman yang tidak mempunyai sebarang agenda , beramai-ramai hadir memeriahkan majlis ini. Terima kasih

p/s: Menurut Kak Mas 3 ekor kambing bakal dijamu kepada para tetamu..........



Jumaat, 13 April 2012

Aktiviti Sihat 1

14hb April 2012 (Sabtu)- Seperti yang dipersetujui hari ini, aktiviti sihat telah dijalankan. Walaupun hanya 6 ahli hawagensu  dan seorang ahli kecil ( anak  Ija @ Farisya ) yang berkelapangan, namun ini bukan halangan besar untuk kami merealisasikannya. Tahniah kepada mereka yang hadir pada hari ini, komitment anda kebanggaan kami. Walaupun kita semua mempunyai tanggungjawab yang pelbagai namun kesungguhan inilah yang kita mahukan. Mungkin sahabat2 kita yang lain mempunyai hal2 yang lebih penting.......... mengharapkan di lain kesempatan kita berjumpa.
    Seawal 6.50am sahabat kita Ela, Kak Ainon dan Kak Tipah menunggu ketibaan kami  ( Ita & me )yang agak tersasar masa, namun senyuman manis terukir sepanjang masa...Love u all.....Ija  hadir bersama anak- Fariesya.

     Jun  dari Jalan 3/4 hadir juga, tapi tiada kesempatan untuk dirakam gambar....sori yer Jun.....

 Pasang Bateri Radio..........tengok tu Kak Tipah dah berkepak nak terbang!!!!!....
 Aik...bateri tak fix laaaa........cecuba sekali lagi........
 Perasan tak...ada orang tengah ballet.......yang ini aktiviti bebas....jurufoto takde gambar kenangan ni.....
 Tengok Kak Tipah betul2....cam nak terbang....kalah Boeing 707 ni......Kak Ainon buat senaman tudung...Ela buat senaman mulut @ senyum!!! chak...
 Ni la Ija En Hassan.....gaya senaman ni senaman tunjuk langit....ala2 pokok tunjuk langit la...yang baju pinkni anak Ija (Fariesya).....bagi support untuk kaum Hawa.....
 Tu dia...tolakan maut...bergegar gambar dibuatnya!!!! cayalah.....
Kak Ainon buat ala2 senaman Tebas .....sambil bersenam kita tebas lalang kat padang.......hehheheheheh....

p/s : Mana gambar tukang tangkap gambar nie......aik satu pun takde ni.....huaahuaaa.......

Imbasan Kunjungan Kasih 1

11hb April 2012 @ Rabu - Seperti yang telah dirancang, aktiviti @program Kunjungan Kasih telah pun berlangsung dengan jayanya. Tepat yang dijanjikan jam 5.00pm berkumpul di pondok Jalan 3/2 , maka bermulalah perjalanan kami. Dimulai dengan mengunjungi rumah En Sulaiman ( Suami kepada Puan Mas kita) kami melangkah dengan niat mengeratkan hubungan jiran tetangga. Kunjungan disambut mesra terutamanya En Sulaiman w/pun kesihatan agak sedikit terganggu, namun kami terharu dengan gurau senda beliau. Sakit Parkinson yang sememangnya sukar untuk diubati, namun melihat kecekalan En Sulaiman dan Kasih Sayang Kak Mas terhadap beliau amat menyedarkan kami, betapa pentingnya hubungan akrab tidak kira antara ahli keluarga mahupun jiran tetangga.

Berkunjung ke rumah yang kedua ( Tuan Haji Wahid dan Puan Noridah) di mana kesihatan Puan Noridah yang sukar untuk melakukan aktiviti cergas seperti dulu kami hayati. Bahu yang patah akibat terhentak ke dinding selepas solat punca menjadikan beliau agak terbatas untuk bergerak. Perbualan mengenai kaum hawa sudah tentunya berkisar tentang kepakaran masak yang dimiliki Pn Noridah. Sedikit sebanyak berkongsi resepi n idea. Terima kasih bonda.......

Lokasi terakhir membuat kunjungan ke rumah Puan Kartini (Cikgu) & En Maskor ( maaf andai tersalah ejaan), mengunjungi warga baru TLS....bayi kembar lagi...........Wow! seronoknya melihat baby comel, Khalida & Khalisa nama yang diberi....memang secocok.....Untuk Cikgu Kartini  " Go Mom...... biar berkerjaya namun tanggunggjawab terhadap keluarga tetap seiring....". Wish u all the bests from Warga Biro Wanita.

Siti & Rayyan , Me, Ela & Kak Ainon.......(teleng kepala)

 Inilah tempat menunggu sebelum aktiviti kunjungan........aik Ija ....mata terpejam la......sori2...
(Kak Tipah,Ija, Ita & Kak Nor)....cam nak tunggu bas pergi town jer.....


Tanda 'peace'....aman untuk semua...tapi bakpe kak Nor 3 jari sign peace tu........ke RM 3 tupperware!!
Kawan2 kita bebenonya baru balik dari Nanding tengok karnival Tupperware tu!!!!!
Posing kali 2....

 Kak Tipah control ayu.....ala2 nak gi meminang Teruna SeMalaya.....Anuar Zain......Yooooo
Ita pegang buah...maklum dulu tak sempat nak pegang masa hantaran untuk En. Zaid..heheheheh
 Inilah dia En Sulaiman & Kak Mas......happy couple.......
 Mendenngar cerita Kak Mas.....tengok Ila khusyuk mendengar tu......Siti n Ija sempat menjeling kamera....
 Ehermmmmmm......................... buah tangan dari biro Wanita....
 Sambil mendengar kami sempat jugak posing......
Tu dia khusyuk ...masing2 fokus..... 
 Tak habis lagi cerita kak Mas ni......Siti, Kak Ainon tekun mendengar......
 Hehehheh....Ela, kak Tipah, Ila, Kak Nor & Ija........
 Pasangan bahagia....terapi ni......macam tarian tanggo la Kak Mas....
 Menghala ke rumah  ke 2......tengok Ita...ala2 Ratu Fesyen Show...Ada berani bertanding....
Siti kat belakang..tak nampak la.....
 Rombongan Cik Kiah ni........diketuai Kak Tipah kita......nak meminang anak dara yang ayu2 kat taman kita.....
 Kak Ainon wakil Biro Wanita......Yang ini Puan Noridah....Jangan lupa next year undi kak Ainon ketua Biro Wanita pulak...banyak pengalaman nie.....jangan tak tau....
Mendengar suara hati Puan Noridah..... 
 Masing2 terpaku.................
 Aik...perasan tak Ija kat mana?........
Memori bersama Tn Hj Wahid & Pn Noridah....... 
 Ini kunjungan rumah ke 3..........Zaquan pun ada.....
 Inilah Cikgu Kartini........
 Haaaa...inilah bayi kembar tu...masa kami tiba,baharu sahaja habis mandi.......
 Khalisa & Khalida......
Ibu n anak kembar....bertuah sungguh.... 
 Inilah keluarga Cikgu Kartini & En Maskur......kalu salah ejaan maaf yer.....
 Tumpang berkat pegang baby kembar...kot2 boleh sangkut sepasang....hahahahhahaha....
Takpun berlatih pegang cucu...hehheheheh
Ni posing sebelum balik ( Ela, Kak Mas, Kak Tipah, Ila& Ija)

p/s....Sori lambat upload...banyak kerja lebih2 lagi urusan netball kat sekolah....sori kekawan...terutamanya Ita yang perihatin tanyakan gambar...hhehehehheh