Rabu, 7 Disember 2011

Sepintas lalu.......................

Tarikh berlangsungnya aktiviti ini sekitar bulan puasa 2011 dan bulan 8 (jika tidak silap) Aktiviti yang dimaksudkan ialah makan2 (ala2 barberque) untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan aktiviti kedua pula menyediakan 'more' sempena Bulan Ramadhan.....Menu Bee Hoon Singapore...of course taukenya...Kak Ida.
Semua berpaling...apa hal yer?.....

Tu dia.....jiran tetangga Nora & Siti ....Inilah malam terakhir Siti sebelum melahirkan Ryan Mujjahid....ngam2 dapat makan barberque...Esoknya bersalin.Wah.......Kak Ani senyum simpul...



Orang kuat lorong 1 & 2...tu dia.....Alamak...tak garing lagi la bawang nie....kacau lagi...

Kek Kiwi & Nasi Kerabu

6hb Dis 2011(Selasa)-Kali ini giliran Cikgu Aida sumbangkan resepi. Kek Kiwi...ermmmm...yummy..yummy. Ini kek kesukaan Siti - Khairul. Tapi sayang siti tak dapat joint........tak sihat. Apapun dilampirkan resepi cikgu Aida ni yer....

Ini dia hasil kek yang di toping oleh Chef Kak Ani & Cikgu Shima.....


Kek Kiwi:
250g tepung vanilla Mix (beli jer kat bakery)
250g telur (kena timbang gak)
65g air paip...air masak pun boleh.
65 g minyak masak.

Cara:
campurkan tepung+telur + air ( putar perlahan kemudian putar dgn high speed sampai gebu.....masukkan minyak)
Kalaudah ok....perlahankan putaran mixer untuk hilangkan udara.
pastu bakar dalam oven.....dalam 190C dlm masa 25 minit.

Untuk Toping:
Creamwell
Butter
Air gula
Campurkan creamwell 500g + 3/4 buku butter dan air gula. Putar sampai macam jadi icing.....


Ini dia siap berdukung si Zakuan...........Kak Ida tenung apa..........


NASI KERABU
Nasi Putih@ Nasi Warna Kuning ( Beras + kunyit+ daun limau purut + serai...masak cam nasi biasa)...Ini kak Ainul bagi cadangan...

Kuah Nasi Kerabu
Sekilo Santan
5 sudu besar cili giling
Bawang Merah + Putih + Halia = diblend
3 btg serai.
Garam gula secukup rasa

Cara : Masak santan sampai mendidih...masukkan bahan yang lain. Masak sampai naik minyak.

Kelapa Goreng
Kelapa parut
6 ekor ikan sadin- rebus@bakar...ambil isinya.
Bawang Merah+ Putih+Halia + serai = Mayangkan...
Sangai kesemua bahan sehingga sebati dan masak.

ERMMMM......SEDAPNYA.

Isnin, 5 Disember 2011

Chicken Chop & Apam Tepung Beras

5 Nov 2011(Isnin) - Kali ni resepi barat + timur: Pertembungan selera.....hahahaha.Ok lah tu...memenuhi selera semua. Apapun gambar tak sempat ambil, begitu juga aktiviti masak spageti dan apam mekar...rugi..tak de bukti.

Ni resepinya:
Apam tepung beras

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 paket ENO
1. Blend nasi dan air sampai hancur ,masukkan gula…..blend lagi.
2. Masukkan tepung beras …blend…akhir sekali yis.
3. masukkan dalam bekas berpenutup …simpan /perap 4-5jam.
4. Sebelum kukus …masukkan ENO kacau rata…kukus dalam acuan lompang atau lain2…ikut suka. Kukus dalam masa 7-10 minit. (api besar)

Chicken Chop

Bahan A- Ayam
1.Ayam
2. Bread crump
3. garam /lada sulah/hitam
4. Minyak secukupnya
5. Putih telur
Cara:
1. Ayam tak bertulang perap dgn sedikit garam dan lada sulah/hitam dalam ½ jam ( tak perap pun tak pe…) takletak lada sulah/hitan pun takpe.
2.Golek ayam pada serbuk roti, celup dalam telur putih, golek sekali lagi pada serbuk roti…barulah goreng dalam minyak panas..(deep fry)

Bahan B- Coleslow
1.Kubis
2.Lobak
3. sedikit bawang
4.Mayonis dan sedikit susu pekat ( nak bagi sedikt rasa manis)

Cara:Racik kobis halus….iku patern KFC….sagat lobak….masukkan bawang besar yang diracik halus juga. Letak mayonis dan sedikit susu…gaul rata. Masukkan dalam peti sejuk sebelum makan.

Bahan C- Whiped Potato
1. 6 biji Kentang
2. 2 sudu Mentega
3. Susu segar (agak2)
4. sedikt susu pekat ( bagi ada rasa)
5. Lada hitam sedikit kalau suka

Cara;
1. Rebus kentang sampai empuk…keluarkan. (beli kentang warna putih…jgn kuning)
2.Masukkan dalam blender bersama mentega dan susu segar dan sedikt susu pekat…blend hingga halus…tabur sedikt lada hitam…bagi cantik kentang putar.

Sos Simple
1.2 atau 3 sudu Mentega
2. 2 atau 3 sudu tepung gandum
3. susu segar
4. 2 kiub ayam
5. ¾ air
6. lada hitam
( boleh letak cendawan butang kalau suka) garam/sedikit gula kalau suka…ikut citarasa sendiri.
Cara:
1.Panaskan butter hingga cair, masukkan tepung gandum sedikit2 kacau hingga keperangan…masukkan sedikit air..kacau. Masukkan kiub ayam…kacau sehingga pekat. Akhir sekali lada hitam)
2. Masukkan garam…gula...kicap…jika perlu. ( pastikan sos pekat dan warna perang)
* masukkan cendawan butang…jika suka. Atau tumis bawang masa awal masak tadi..pun boleh)
( kalau warna sos tak perang…letak kicap sikit atau sos tiram……kalau sos tak pekat bancuh tepung gandum….bagi pekat) Hiasan:Kentang goreng/Tomato/Salad/Baked bean/Mixed Vage

Spaggeti dan Apam Mekar

Untuk resepi kali ini....barat sikit....spaggeti simple. Yang ini Cikgu Shima punya resepi. Manakala Apam Mekar.....resepi tak dirancang. Maklum memenuhi selera cikgu Aida yang berbadan 2.....resepi ni sumbangan kak ani....

Berikut resepi Spaggeti :

1 Paket daging/ayam hancur (brand Ramly, beli daging/ayam blend sendiri pun boleh)
4-5 buku bawang besar (lagi byklagi sedap) potong dadu
4 ulas bawang putih (saya tak letak)
1 tin cendawan butang ( beli yg dah slice senang)
1 tin tomato puri ( kurangkan kalau tak suka masam)
1 botol sos tomato kecil( suka masam beli yg besar)
Daun bay/Oregano/Basil/Pasley/Thyme (Daun Bay Paling penting….yang lain kurang salah satu pun tak pe……Thyme jgn buh byk sgt…bau kuat)
Cili Boh untuk pedas
2-3 tomato- potong dadu
Lada Benggala (capsicum)-potong dadu
Daun pasley segar (tak letak pun tak pe)
Garam/ Gula
Air
• Dalam kuah nak tambah carrot/sausage/meat ball/mix vage/ daun saderi…….pun boleh kut suka.
• Yang penting rasa masam

Cara:
1.Tumis, bawang sampai bau….masukkan cili boh….masukkan daun2…masuk daging + air..rebus untuk lembutkkan daging.

2. Masukkan tomato puri + sos tomato+ cendawan butang….reneh…ikut suka tahap kepekatan, masuk tomato + lada benggala….bubuh perasa(garam gula)…yang penting masam….last sekali bubuh daun pasley…yang lebih untuk hiasan.

Untuk Spageti (pasta)
Didihkan air..letak minyak sikit…rebus sampai kembang….angkat..bilas dgn air sejuk/paip ( petua untuk menjaga tahap kekenyalan pasta)


Resepi APAM MEKAR

250g tepung gandum (ayak)
200g gula halus
2 sudu besar ovellete
200ml ais krim soda
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen
1/2sudu kecil garam
pewarna
Paper cup

cara :
1. Pukul tekur + gula sampai kembang& gebu.
2. Masukkan ovallete
3. Masukkan selang seli tepung & ais krim Soda + garam...pukul hingga sebati.
Last sekali letak esen & pewarna.

masukkan dalam paper cup...kukus hingga kembang ( pecah 4)

Kek Pisang & Ayam Bistik

Kak Ainul...ayu gitu...hehehehhe....
Wah kali ini, turn Pn Nora kite bagi resepi. Apalagi tentulah kek pisang dan Ayam Bistik.

Resepi Kek Pisang:

6 telur

5 biji pisang

1 cawan gula

1cawan minyak masak

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil Soda bikarbonat

1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

Telur, gula, soda dan vanila kisar guna blender hingga sebati. Masukkan pisang pula...blend lagi.

Tuang adunan di atas dalam bekas...masukkan sedikit demi sedikt tepung hinggalah sebati semuanya. Akhirnya masukkan minyak

Leser loyang dengan mentega.....tuang adunan..bakar 200C dalam masa 30 mint@hingga masaklah yer.....bergantung pada kualiti oven ...SELAMAT MENCUBA..

Nasi Arab

Resepi kali ke 2 disumbangkan oleh Kak Nor....Nasi Arab. Sedap, tapi perlu dikukus dan menggunakan teknik yang betul. jika tidak nasi tak lembut.

Inilah dia buah tangan resepi Kak Nor........sedap makan cam tu sahaja......
Aik...Ita....masak pun sempat posing lagi....Yang team hijau ni (Siti & Ela....tak nampak raut wajah)

Resepi Pertama....


Kali ini resepi telah disumbangkan oleh otai kita.....kakak Ani isteri@orang umah Cikgu Sam . Nak tau resepi apa...ini dia : Apam Polkadot & Kuih Puteri Ayu.

Tu dia...Nora...Siti...Ela & Ita......bergabung tenaga.....4 ninja turtles......
Sorang salin resepi...sorang lagi tumbuk bahan daripada resepi...wah cantik tu....cepat siap masakan kita....


Resepi: Apam Polkadot


3 biji telur gred B ambik dari peti (bagi sejuk)


275g tepung gandum


220g gula halus


150 g susu segar


1 sudu baking powder


2 sudu besar ovallete


Pewarna & Filling


Cawan kertas


Cara:


Pukul telur+gula hingga kembang


Masukkan tepung yang diayak dgn baking Powder selang seli dengan susu.....masukkan Ovallete...sebatikan. Letak pewarna dan masukkan dalam piping bag....untuk letakkan dalam acuan sedikit dan isikan Filling yang disukai dan tutup semula dengan adunan tadi. Kukus dalam 10minit.....



Senarai Ahli-Ahli Hawa@GenSu (Lama & Baru) Kita Serupa...

Berikut merupakan senarai@ahli yang telah bersama-sama berkongsi resepi:
1. Kak Ani (Rohani)
2. Kak Ida (Norida: Bekas Ketua Wanita Sebelum Pelantikan Baru)
3. Pn Roazzita ( orang kuat)
4. Kak Ainul ( Rajin membantu)
5. Pn Zila ( lemah gemalai orangnya)
6. Pn Siti Rozita ( ada baby.....)
7. Kak Nor ( tauke nasi Arab)
8. Pn Nora ( Tauke andaman.....)
9. Pn Siti ( masih baru di alam rumah tangga)
10. Cikgu Aida (Otai buat kek...)
11. Cikgu Shima( Heheheh...saya Haslimah....cikgu Shima nama baru ...hahahah)
12. Kak Tipah ( pakar kuih wajik)
13. Pn Ela (pendiam orangnya...kaya senyuman)
14. Kak Mas ( Boss Baru Biro Wanita)

Ahli2 Baru Kita:

15. Kak Ton ( surirumah...dulu duduk Pantai Dalam...sekarang dalam Hulu Langat)
16. Kak Ija ( Kadijah Nahar @ orang rumah Tn Haji Nordin)
17. Jun (kerja kat Hospital Kajang)
18. Ija En Hassan ( Norijah Jantan ....pandai buat yoga nie....)
19. Rogayah ( Cuti belajar ambik Master...orang forensik ni...jangan main2)
20. Erin (Roshaireen Borhan .....)
21. Su (Suriati Abdul Manan....hhehheheheh my jiran.....mentor poco2)
22. Suhaili (Jalan 3/3) wife En Shawal ,our ex-secretary TLS
23. Fauziah (Jalan 3/3)
24. Pn Nakhiyah (Quyah) dari Jalan 3/4

Bagi mereka yang berminat , untuk turut serta hanya datang...bawa diri dan kita sama2 berkongsi resepi dan kebolehan.

Wujud Blog....

Blog ini dibina khas untuk memaparkan aktiviti kumpulan Hawa@GenSu, iaitu kumpulan wanita@hawa Taman Lagenda Suria, Hulu Langat dalam menjalankan aktiviti keibuan...sudah tentunya...aktiviti masak. Setakat ini, inilah aktiviti yang paling giat selain acara morning jog/walk seawal jam 6.45am.
Dengan Moto : Seiring Sepakat Lagenda Berkat, membawa visi dan harapan agar kumpulan hawa ini terus bersatu dalam membina semangat kejiranan yang tinggi.