Jumaat, 13 Januari 2012

Wajik...

6hb Jan 2012 (Jumaat) -Kali ini giliran kak Latifah mengajar cara membuat kuih wajik......siap letak durian, errrrrmmmm....sedap. Ni resepi yang ditemurunkan untuk kami semua. Perjumpaan kali ini juga disertai kak Nor nasi Arab yang sekian lama tak berkumpul. Maklum banyak aktiviti luar mengajar team lain mengukir buah....untuk acara perkahwinan....

Bahan-Bahan:

Beras Pulut 1 kg
Gula Pasir    1 kg
Gula Merah  1kg
Santan 1kg
Daun pandan 2 helai
Durian sebiji (jika suka)

Cara:
1. Rendan pulut semalaman.
2. Pulut yang telah direndam perlu ditoskan dan dikukus selama 1/2 jam.
3. Santan dididihkan sehingga keluar minyak ( tak perlu dikacau kerap)
4. Masakkan air gula (pasir & merah) sehingga pekat ( lain periuk).
5. Air gula perlu dimasukkan kedalam santan yangtelah berminyak serta masukkan durian, kacau rata.
6. Selepas sebati, masukkan pulut yang dikukus tadi kedalam adunan gula & durian. Kacau rata hingga pekat & keras.

Masukkan dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk dan boleh dipotong untuk dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA......



Inilah Ryan  ( baby Siti........)

Tu die....Ela n Kak Ainun....goreng!!!!!!

Bersama baju yang baharu sahaja ditempah.....tauke wajik ada di belakang....tak nampak laaa.....

Proses membuat air gula...........
Inilah hasil...kuih wajik Kak Tipah De Boom.......gurau...

Sukanya...........................