Sabtu, 25 Februari 2012

BBQ Again................

25hb Feb 2012 (SABTU) - Malam ini seperti yang telah dirancang......makan-makan@ BBQ dengan tujuan mengeratkan hubungan kejiranan & persaudaraan telah pun berlangsung...... Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana cuaca amat baik..... semua yang terlibat dapat menghadirkan diri kecuali Kak Tipah Lorong 3.....(balik kampung rasanya).
Menu utama Ayam & Kambing Panggang, Nasi putih + Ayam Masak Merah ditambah sayur kacang goreng......sayur ni Cikgu Aida yang goreng. Ada juga juadah sampingan termasuk kuih kasui air tangan Kak Ida n Kak Ani ( our older sisters).... kuih seri muka n agar2 ( Ayang lorong 2), Salad ( Siti Hairul), Kek coklat (Cikgu Salamah), Spaggeti ( Zan), Sambal Ikan Bilis tempoyak ( Ita Zaid),Caramel (me.......) , sambal sotong & Air Anggur  ( Su Farid.....p/s Su lain kali kena tambah lagi...tak cukup sebab...sedap!!!1) . Air mangga of course Nora En Ali.......lain2 menu kalau tak tercatat minta maaf k.......
Kalau nak tau.....ayam masak merah tu air tangan Kak Ani n Kak Ida jugak....... Cuma satu menu tak terhidang malam tu sup leher dengan kaki ayam....Siti Hairul lupa nak keluarkan !!!!!  hahahaha...masa kemas2 tulah baru teringat akan sup tersebut........
P/s: Ada  juga nescafe panas....sponsor from Lontong King ( TQ Mr Angah.......)

Puas rasanya kerana pertemuan ini pertemuan sesama jiran tetangga untuk mengetahui segala perkembangan famili n diri.......sekurang-kurangnya jarak masa dan kekangan dengan kerja masing-masing, pertemuan ini dapat membugarkan keakraban antara jiran........TQ everyone....special thanks from us......
Tenung n renung.....rerasa sape le tukang bakar ayam......ehhhh...mana otai bakar ayam En Fendi...
Wah En farid.....sibuk belek kambing dah diperap oleh Lontong King....
Ni jer....gambar yang sempat di'klik'..........hehehehe sori.....
Tu dia......our lady boss....Kak Ani ....sembang apa agaknya...dengan Ayang n Nora....
Di belakang.....Cikgu Aina n Ija & Wife En Azhar.....bersama anak2....
 Ni dia......Dilla anak Nora......remaja sudah.......... Kat kanan tu Cikgu Salamah.......
Inilah Rayyan Mujahid......Baby yang ada dalam kandungan satu masa dulu.....masa buat aktiviti BBQ jugak....(ingat lagi???)
 Cikgu Aida berbadan 2 ( 5 bulan ++).........Ija & Kak Mah Abg Shoib ( tudung grey.....)
Miss Ducati......hahahhha...gurau...Inilah Ayang aka Suriana.....Tauke Pusaka Gas.....peace..
Mr Johari sewaktu bagi ucapan alu-aluan.....yang duduk depan ni....orang kuat lorong 1...
En Zaid.
Baju biru pulak En Hassan ( husband Ija)....
Mr Johari memimpin bacaan doa........Amin...

Kolaboratif &Kesefahaman.......antara anggota Polis dan penduduk....
Tu dia......Madam Roazzita Aziz......inilah orangnya yang organise event malam tu......
..TQ ita....
Cikgu Aida bersama Syifaq.....dengan wife En Azhar........
Jiran terdekat....Yana n Ija!!!!!!!....
Ita bersama BJF (Best Jiran Forever.......)...Cikgu Aida......
Inilah Siti Hairul................
Su bersama Afiq.....Afiq ni suka senyum.......

P/S: Alamak.......mana gambar saya n kak Ida..................huhuhuuaaaaaaaaaaaaa...........

Jumaat, 24 Februari 2012

Seri Muka & Puding Roti

24 Feb 2012 (Jumaat)- Hari ini aktiviti dijalankan di rumah Kak Mas...ketua biro wanita......serampang 2 mata....nak tau kenapa?...sebab hari ini ada aktiviti membungkus bunga telur untuk majlis Maulidur Rasul di masjid Sungai Serai.....
Resepi kali ini istimewa....sebab turn Kak Ainon turunkan ilmu alamnya...nak tau apa resepi?...Ni dia, Kuih Seri Muka......(gambar x dapat nak upload sebab tak jumpa wayar penyambung!!! kamera..)
Ni resepinya:

SERI MUKA

Lapisan Atas:
1. 1 cawan gula
2. 2 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 biji telur
* pewarna hijau....
Kesemua bahan diatas perlu di blend hingga sebati....

lapisan bawah : Kukus pulut bersama santan hingga masak....then padatkan (tekan sedikit). Masukkan semula dalam pengukus panaskan sekejap pulut....kemudian tuang bahan yang telah dikisar tadi. Kukus semula lebih kurang 40 minit....sejukkan dahulu sebelum dipotong.


PUDING ROTI

1. Gula perang 1/2 cawan
2. susu cair 1 tin
3. air 1 cawan
4. Telur 3 biji
5. Roti 5-7 keping
6. esen vanila

Cara ;
Pukul dengan whisk bahan 1 hingga 4 hingga benar2 hancur.....masukkan esen vanila. Carikkan roti dalam adunan tadi...rendamkan seketika. Bakar hingga masak....untuk menambahkan kesedapan ...tuang dengan krim nestle....untuk lebih berkrim.

Ini resepi Kak Mas....TQ kak Mas 4 the sharing.........

Jumaat, 17 Februari 2012

Cucur Badak & Kehilangan...


17 Feb 2012 ( Jumaat)- Hari ini aktiviti agak berlainan......perancangan untuk membuat cucur badak tetap diteruskan. Resepi membuatnya tetap diajar.........namun disamping belajar membuat kuih ini .....satu kehilangan buat jiran kami...Kembalinya ke rahmatullah bonda kepada Pengerusi taman kami iaitu Tuan Haji Nordin....dan ibu mertua kepada Kak Ija......AL-FATIHAH....
Mengambil konsep kejiranan....sedikit bantuan dihulur....sesambil membuat kuih..langsung masak terus untuk bacaan Tahlil buat yang telah pergi.....
Yang Pergi Tetap Pergi....namun,
Kita yang masih bernyawa harus berpijak dibumi nyata.........

Inilah inti cucur badak yang telah dibuat.....resepi akan diupload kendian........sedap sungguh inti ni......
Inilah cucur badak yang telah 'dibelai' oleh Kak Ainon , Ita & Makcik.......sama saiz tak????
Ini dia cucur badak yang siap digoreng.......errrmmmmm.....sape nak?....Zila dulu....sian dia......maklum dah berbadan dua......bagi laluan untuk Zila k.........
Ita n kak Ainon.........................sibuk 'membulatkan' cucur.......
Kak Ija n Kak Mas ......
Khusyuk mendengar!!!!

Khamis, 16 Februari 2012

Rojak Ayam dan Cheese Tart

Salam.....
Terlebih dahulu, ampun maaf dipohon kerana lewat upload bahan di sini. Maklum cuti sekolah dah habis.....aktiviti kerja telah bermula. Maka masa bgitu suntuk.....harap difahami.
Kali ini resepi daripada  Kak Nor (tauke hiasan pengantin) iaitu rojak ayam.....bahan rojak hampir sama dengan rojak Singapore tapi ada ayam...tu yang istimewa. Corak dan cara potongan pun di ajar......seronok...

Untuk resepi, nanti saya catatkan...maklum hari itu Siti Hairul yang catat. Nanti....bila dah dapat resepi, admin akan rekodkan....Apapun inilah bukti hasil air tangan Kak Nor....

Bahan-bahan yang telah digoreng dengan ramuan tepung dipotong kecil untuk memudahkan dimakan ketika dihidangkan............
Khusyuk memotong..Kak Ani Cikgu Sam....maklum ayu kali ini...lengkap berbaju kurung.....
Kak Ani diapit oleh Cikgu Aida n Kak Ida.......

********************************

Cheese Tart

Cheese Tart merupakan resepi yang tidak disenaraikan dalam perancangan (Ad-hock planning) . Namun resepi ini terpaksa diadun kerana hidangan rojak ayam dapat disiapkan terlebih awal. Jadi bagi mengisi ruang waktu yang ada maka disisipkan resepi kuih ini.

Antara adunan@resepi cheese tart:
Untuk Pastri:
1. 200 gram butter
2 400 gram tepung gandum
3.  1 biji telur
4. 100gram gula icing
sedikit esen vanila

Untuk krim keju pula :
250 krim cheese
3 camca besar gula pasir
2 cam besar mentega
1 biji telur
Jem Blueberry

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati.
* Tekan dalam acuan dan cucuk dengan garfu supaya tidak kembang apabila dibakar. Tips: sesetengah orang akan canaikan adunan sebelum dimasukkan dalam cetak dan ditekap sama untuk menstandardkan ukuran ketebalan pastri.
* Bakar api bawah : suhu lebih kurang 170 Celcius.

Krim Keju:
1. Pukul  krim keju bersama mentega, gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
* Masukkan krim dalam pastri yang telah dibakar. Intikan dahulu dengan jem blueberry sebelum krim keju. Lorekkan ....bakar semula untuk menggebukan krim keju seketika...

Heheheh.....senang hati....Siti..minum airapa tu??.....Kacip Fatimah ke?
Wah....berbual sungguh Kak Tipah....

Ini Siti satu lagi.......
Tart Keju