Isnin, 30 April 2012

Party Tupperware

29hb April 2012 (Ahand) - Santapan mata....................untuk keperluan rumah juga, party tupperware anjuran Ela dari Jalan 4/3 berjalan seperti yang telah dirancang. Party bermula tepat jam 3.00,segalanya telah tersedia......rambang mata dibuatnya. Ada cabutan bertuah,ada demo buat pizza dan tawaran harga murah. Kebetulan hujan turun.......ada yang datang lewat. Apapun yang datang semuanya membeli.......ikut keperluan masing2. Lepas ni kalu nak order tupperware bolehlah jumpa Ela........bawak duit jer.....no hal.

Haaa...........inilah barangan tupperware yang dimaksudkan.................
Dari kiri Jun, Quyah , Kak Ainon, Suhaili & Nora.......
 Pn Norashikin......menguruskan business tupperware di merata tempat...
 Pizza yang dibakar menggunakan periuk tupperware...guna api kecil...sekejap jer masak...not bad....
 Ini Pizza sebelum dibakar...nak resepi pizza, cari kat blog lain.....sebab tak minta resepi atau keizinan dari tuan badan....
 Jun n Kak Ainon...Jun pun aktif bertupperware jugak nie....
Inilah Ela...errrrrmmmm dapat souvenir dari Puan Norashikin .....

Poco-Poco 4

29hb April 2012 (Ahad) - Seperti biasa aktiviti senaman pagi dijalankan....kekawan kesemuanya dah mahir step asas poco2. Sempat juga kami berpoco2 hampir 5-6 kali .....kali ini Pn Ismasila n husband (En Azhar) joint sekali ...hehhheheheheheh sokongan untuk kaum HAWA dari kaum ADAM....Terima kasih.....Pn Nakhiyah (Quyah) pun ada sekali...TQ semua.

 Inilah Encik Azhar..........sporting joint the Poco2...hehehheheh
 Terlupa step......
Tu dia....kayuh ala2 master in Poco2 dance.......
Ini pasangan husband@wife......Pn Ismasila n En Azhar......... 
Kiri sekali tu...Cik Gayah kita.............


Sabtu, 28 April 2012

Kunjungan Kasih 2


28hb April 2012(Sabtu): Biro Wanita kali ini membuat Program Kujungan Kasih 2 ke rumah sahabat/jiran kita iaitu Puan Fizah (No 8 Jalan 3/3). Ini berikutan Puan Fizah baharu sahaja menjalani operation kerana kandungan luar rahim.....ketika lawatan dibuat telah 2 minggu Pn Fizah Cuti Sakit, beliau bertugas sebagai jururawat di PPUKM. Apapun semua kaum HAWA di TLS mendoakan semoga Pn Fizah lekas sembuh.......Amin....
 Perjalanan menuju ke rumah Pn Fizah.....(kak Tipah, kak Mas, Nora , Ita n Aisyah)
setelah selesai aktiviti memasak.....
 Ini Suhaili n Fauziah..bersama anak2....
Sampai sudah.......
Inilah Pn Fizah bersama Kak Tipah...ni jiran sebelah menyebelah....hehheheheh
Terimalah buah tangan yang tidak sepertinya daripada kaum HAWA.....

 Kak Mas,Ita n Aisyah.....
Suhaili dan anak2.....
 2 orang anak Pn Fizah......
 Ini anak Intan ......serupa ayahnya......
Masa untuk pulang.................

Cheese Cake & Roti Sampan NoraAli

28hb April 2012 (Sabtu)- Seperti yang dirancang pada minggu lepas, kini giliran Rogayah dan Nora mengajar cara-cara membuat kek keju  dan Roti Sampan. Kedua-duanya memang makanan yang sedap.....kali ini juga ramai kawan2 baru yang sama2 berkumpul. Antaranya Aisyah dan Intan (jalan 3/5), Suhaili dan Fauziah (jalan 3/3), Pn Nakhiyah (jalan 3/4) serta Su yang bawa Afiq sekali (jalan 3/1).Selamat Datang semua....

Bahan Kek Keju (Adunan 1 kek))

1. 1/3 butter
2. Telur gred A 5 biji( asingkan putih dan kuning)
3. 2 cawan biskut Digestive( diragui kehalalannya), tukar kepada Biskut Marrie, Oreo buangkan krim atau Nestum: hancurkan.
4. Gula Castor 1 cawan
5.500 g  krim keju Philadelphia (keju lain kurang sedap)
6. Lemon Paste (1/2 sudu)
7. 4 sudu sour cream (sunglo)
8. Esen 1 sudu teh
9. Tepung jagung 1/3 cawan (guna ukuran/alat sukatan yang betul) bukan cawan minum......
10. Aluminium foil untuk balut keliling loyang sebelum kek dibakar.

Cara2

1. Butter dicairkan dahulu di dalam oven.
2. Masukan butter cair dalam loyang khas yang  boleh dibuka bahagian tepi, bukang loyang biasa kuih talam tur.....sebab kek ni bukan kek yang boleh diterbalikkan macam sponge cake.
3. Masukkan biskut hancur  dan butter cair tadi gaul rata, tekan dan ratakan supaya padat (gunakan alat seperti penyimen dinding,alat ini khas untuk kuih, boleh dibeli di bakery yer). Simpan bahan ini didalam peti sejuk sebelum dibakar bersama adunan nanti.
4. Dalam mixer , gula castor dan krim keju diputar hingga kembang.
5. Setelah kembang masukkan telur kuning satu persatu, mix lagi............
6. Setelah kembang dan sebati masukkan sour cream, lemon paste dan esen .
7. Akhir sekali masukkan tepung jagung, mix again.....
Perlahan putaran sebelum selesai untuk membuang angin batter tadi. Batter tuang ke dalam mangkuk lain.

8. Putar putih telur hingga betul kembang, gebu,putih dan tidak menitik apabila diangkat...
9. Campurkan batter tadi kedalam putih telur yang kembang dan gaul rata guna sudip atau whisk.
10. Setelah siap tuang ke dalam loyang yang terdapat campuran biskut dan butter cair tadi. Sebelum itu balutkan keliling loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan batter terkeluar .
11. Bakar dengan cara ala 'double boiled' dimana loyang yang berisi air diletakkan dalam oven(rujuk gambar)
12. Bakar pada kadar suhu 160 celcius selama 40 minit. Tips nak tau masak atau tidak kek tidak bergoyang jika di usik sedikit)....jangan terus keluarkan...biarkan sejuk selama 1 jam di dalam oven. Kemudian simpan semalaman dalam peti ais.
Toppingkan dengan bluberry atau kream biasa....Rogayah said : lebih sedap letak bluebery sebab rasa keju lebih semulajadi.....errrrmmmmmm yummy2....
Ini Chef Rogayah kita.......Imported from Kelantan......Expertise in Baking and Forensic......
Tengok tu...Aisyah n Intan..tekun menyalin....
* Kalu gase kek2 tak berapa nak gebu, minta tolong Gayah investigate....hehheheheheh*
Kekawan yang datang hari tu...........Jun ,Aisyah ,Intan, Su, Ita dan Intan (tak jelas...)
Inilah sudu sukatan masakan...jangan guna cawan teh/kopi...nanti bantat kek......
Product sour cream yang digunakan.... rujukan kepada sesiapa yang kurang arif...
Lihat loyang yang digunakan...bukan loyang biasa...loyang boleh buka bahagian tepi....
 Proses bakar kek yang menggunakan wap air ....lihat loyang berisi air dalam oven.....
Siap untuk diagihkan kepada semua......
Kak Ainon n Jun....tolong agihkan kek. Fauziah dan Suhaili jiran-jiran dari Jalan 3/3....Selamat Datang...


Resepi Roti Sampan (NorAli)
Penerangan :
Resepi ini merupakan hasil kreativiti Pn Nora sendiri. Nama NorAli merujuk kepada Pn Nora n husband (cadangan Ita Zaid)
Base (pastri)
1. Roti keping (ikut keperluan)

Topping:
1. Kentang dipotong dadu (ala2 inti karipap)@blend pun boleh...kalau malas nak mendadu....
2. Isi ayam
3. Bawang putih,merah & besar (untuk menumis)
4. Cheese untuk menyedapkan lagi rasa....
5. Lada sulah
Cara2
1. Roti keping buang bahagian tepi yang coklat2 tu...potong kepada 4 bahagian..
2. Untuk inti: tumiskan bawang2 hingga wangi, masukkan dadu kentang masak hingga 3/4 empuk.
3. Masukkan lada sulah kemudian ayam, masak hingga semuanya sebati. Perasakan dengan garam dan lain2 kalu sukalah (Ajinomoto ke).
*Untuk inti Pn Nora cakap: tambah apa2 pun boleh....button mushroom ke, capsicum, sausage ke, daging kisar ke...nak letak krim cendawan pun boleh...ikut suka...
4.Roti yang telah dipotong masuk dan tekan ke dalam acuan tart...pastikan ia seperti bentuk mangkuk.
5.Letakkan inti atas roti, tabur dengan cheese dan bakar hingga nampak garing n kekuningan.
Angkat dan hidangkan ketika panas2.....errrrmmmmm...sedap.
Tips: Nak bagi kreatif bolehlah letakkan salad/tomato sebelum letak inti....itu kata Pn Nora.....


Intan Salwa hehehehhe...tekun belajar cara nak buat inti.....

 Pn Nora sibuk meletakkan inri atas roti sebelum dibakar...............kat belakang tu Pn Nakhiyah Hj Omar..
 Ini dia hasilnya roti sampan sebelum dibakar.....

 Oven Kak Ida.....proses bakar...
Roti-roti yang belum dibakar........

p/s...gambar2 yang lain akan diupload kemudian yer.....talian internet heavy....

Jumaat, 27 April 2012

Poco-Poco lagi...........


28hb April 2012 (Sabtu) - Hari ini ada senaman sihat lagi walaupun planning sepatutnya Ahad, saje nak extra exercise. Lagipun Siti, ini kali pertama dapat joint....wah cepat tangkap ilmu yang diajar. Ahli2 Hawa yang lain juga dah ada improvement, especially kak Ainon....apakan tidak, siap train dengan Ela nak mahirkan step.....Mekasih semua!!....
 Wah..!!! sahabat kita Siti....sekejap jer dah hafal step!!!
Tu dia Kak Tipah kita......ingatkan nak bangun lewat, rupa2nya ada adhock poco2.......kena juga bangun!!!
Tengok Kak Ida...tengah kira step....syabas!!!

 Ni takpelah dah expert.....siap jogging 5 pusingan tu......sape lagi kalu bukan Cik Gayah kita....
 Baby Sitter merangkap 'mak buai' Si Rayyan ni.......
 Apa lagi ni.....main cak2 pulak... 

Rayyan Mujjahid...menemani ibunya untuk aktiviti sihat....geram dengan pipi dia nie....

Bacaan Yassin

26hb April 2012 (Khamis)- Hari ini Biro Agama TLS menganjurkan Bacaan Yaasin dengan diketuai oleh seorang Ustaz dari Kajang. seperti yang kita sedia maklum, beliau merupakan insan yang istimewa ( cacat  penglihatan), .......beliau mengetuai bacaan Yaasin, Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Hajat terutamanya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......kaum Hawa juga turut serta dalam majlis ini.


 Kak Ida , Kak Ani & Wati........lama tak jumpa Irzawati kita nie...

 Cikgu Rosnah pun ada.............
 Azie dan Si kakak yang bakal menerima adik.......Azie berbadan 2 (8 bulan) nie....
 Hehhehe tumpang sekaki dengan Kak Ainon....
Inilah ustaz yang dimaksudkan....tak nampak jelas...
Pengikut kecil............Panas sampai bukak tudung...kipas (stand fan) rosak pulak....
 Ela n Siti.....jiran....
Wati...lama kita2 semua tak borak2...ingat lagi peristiwa cuci periuk kat surau....huhuhuukkkhehehheh...kan dulu wati biro kebersihan n keceriaan wanita....


Menikmati juadah.......

Rabu, 25 April 2012

Poco-Poco

22hb April 2012 (Ahad) - Senaman pagi ini diaktifkan dengan senaman poco-poco (bukan pocong yer......). Gembira tak terkata bila Su (Suriati Abdul Manan- Lecturer Kat Hospital Sungai Buluh ) berkesudian untuk mengajar kami steps poco2 nie........ . Maklum Su  kan sibuk dengan kerja. Keluar pagi balik dah petang dah.....Mekasih banyak Su.... Bagi yang pernah poco2 tak susah sangat nak ingat....tapi buat yang pertama kali belajar , celaru juga nak ingat steps.....Tapi, at last........semua boleh dah berpoco2 lepas ni. Biarpun basic steps, cukuplah untuk kami berkumpul dan beraktiviti sihat......mekasih semua!!!!

Adooi...setelah berhari2 barulah dapat upload 1gambar ni jer.....huhuaaaaaaa
Entah kena apa pun saya tak tau...apapun saya terbitkan dulu gambar yang 1 nie...nanti
kalau dapat upload yang lain...saya update lagi....hhuhh!!! berpeluh dibuatnya...
Inilah Suriati (Su)........mekasih atas sokongan....
tengok kat belakang ada tarian zapin!!!.... cuba teka?...
Ita pulak gerak tari kekuda......heehhehhehheh...
Tengah belajar step.....Kak Ani ajar Kak Ida...
Heehehe..Kak Ainon dengan gaya tersendiri......Gayah kat belakang expert dah...
Heehehheheh......
Kak Ainon n Ela.........