Isnin, 5 Disember 2011

Chicken Chop & Apam Tepung Beras

5 Nov 2011(Isnin) - Kali ni resepi barat + timur: Pertembungan selera.....hahahaha.Ok lah tu...memenuhi selera semua. Apapun gambar tak sempat ambil, begitu juga aktiviti masak spageti dan apam mekar...rugi..tak de bukti.

Ni resepinya:
Apam tepung beras

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 paket ENO
1. Blend nasi dan air sampai hancur ,masukkan gula…..blend lagi.
2. Masukkan tepung beras …blend…akhir sekali yis.
3. masukkan dalam bekas berpenutup …simpan /perap 4-5jam.
4. Sebelum kukus …masukkan ENO kacau rata…kukus dalam acuan lompang atau lain2…ikut suka. Kukus dalam masa 7-10 minit. (api besar)

Chicken Chop

Bahan A- Ayam
1.Ayam
2. Bread crump
3. garam /lada sulah/hitam
4. Minyak secukupnya
5. Putih telur
Cara:
1. Ayam tak bertulang perap dgn sedikit garam dan lada sulah/hitam dalam ½ jam ( tak perap pun tak pe…) takletak lada sulah/hitan pun takpe.
2.Golek ayam pada serbuk roti, celup dalam telur putih, golek sekali lagi pada serbuk roti…barulah goreng dalam minyak panas..(deep fry)

Bahan B- Coleslow
1.Kubis
2.Lobak
3. sedikit bawang
4.Mayonis dan sedikit susu pekat ( nak bagi sedikt rasa manis)

Cara:Racik kobis halus….iku patern KFC….sagat lobak….masukkan bawang besar yang diracik halus juga. Letak mayonis dan sedikit susu…gaul rata. Masukkan dalam peti sejuk sebelum makan.

Bahan C- Whiped Potato
1. 6 biji Kentang
2. 2 sudu Mentega
3. Susu segar (agak2)
4. sedikt susu pekat ( bagi ada rasa)
5. Lada hitam sedikit kalau suka

Cara;
1. Rebus kentang sampai empuk…keluarkan. (beli kentang warna putih…jgn kuning)
2.Masukkan dalam blender bersama mentega dan susu segar dan sedikt susu pekat…blend hingga halus…tabur sedikt lada hitam…bagi cantik kentang putar.

Sos Simple
1.2 atau 3 sudu Mentega
2. 2 atau 3 sudu tepung gandum
3. susu segar
4. 2 kiub ayam
5. ¾ air
6. lada hitam
( boleh letak cendawan butang kalau suka) garam/sedikit gula kalau suka…ikut citarasa sendiri.
Cara:
1.Panaskan butter hingga cair, masukkan tepung gandum sedikit2 kacau hingga keperangan…masukkan sedikit air..kacau. Masukkan kiub ayam…kacau sehingga pekat. Akhir sekali lada hitam)
2. Masukkan garam…gula...kicap…jika perlu. ( pastikan sos pekat dan warna perang)
* masukkan cendawan butang…jika suka. Atau tumis bawang masa awal masak tadi..pun boleh)
( kalau warna sos tak perang…letak kicap sikit atau sos tiram……kalau sos tak pekat bancuh tepung gandum….bagi pekat) Hiasan:Kentang goreng/Tomato/Salad/Baked bean/Mixed Vage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan